Tuesday 16 June 2015

Formula Ajaib Sifir Darab 5

Kebanyakan orang menghafal sifir 5 dengan jadual yang sangat mudah, tapi sekiranya angka yang hendak didarapkan dengan 5 semakin kompleks dan bertambah besar, bagaimana cara hendak mengiranya? Helah ini sebenarnya amat mudah untuk dihafal.

Caranya ialah dengan mengambil nombor berkenaan, kemudian dibahagi dengan 2. Jika nombor asal itu nombor genap (hasil bahagi tanpa baki), tambah sahaja 0 dibelakang hasil tersebut. Jika nombor asal itu nombor ganjil, abaikan bakinya dan tambah 5 pada akhir.

Contoh 1:
Nombor genap 2682
2682 x 5 = ?
(2682/2) & tambah 0
2682/2 = 1341 (2682 no genap, jadi tambah 0 dibelakang)
= 13410

Contoh 2:
Nombor ganjil 5887
5887 x 5 = ?
5887/2 = 2943 baki 1 (nombor 5887 adalah nombor ganjil, tentu hasil bahagi ada baki, terus tambahkan 5 dibelakang)

= 29435

No comments:

Post a Comment