Sunday 14 June 2015

100 SEBAB ANDA RUGI SEUMUR HIDUP WALAUPUN MEMPUNYAI KEDIAMAN


1. Anda akan rugi bila anda mempunyai susunatur ruang yang salah menyebabkan anda tidak menggunakan banyak ruang denngan optimum di dalam rumah kediaman anda.
2. Anda akan rugi bila anda mempunyai susunatur ruang yang salah membuatkan anda lebih selesa untuk tidak berada dirumah - masa anda lebih banyak digunakan di luar berbanding kediaman yang anda bina dengan nilai ratusan ribu.
3. Anda akan rugi bila kediaman anda yang telah siap dibina ingin diubahsuai - ianya sudah tentu memakan belanja yang besar.
4. Anda akan rugi, bila mempunyai rumah yang besar tapi bila berada di dalam rumah berasa sempit.
5. Anda akan rugi, bila rumah anda mempunyai keluasan ruang yang tidak mengikut piawai menyebabkan perabot anda tidak muat atau laluan manusia yang tidak proposi.- Anda juga akan rugi untuk mengubahsuai perabot atau mengubahsuai keluasan ruang rumah kediaman anda.
6.  Anda akan rugi, walaupun rumah anda tampak besar tapi tak nampak mewah, gah atau menarik. Anda mungkin membelanjakan ratusan ribu atau jutaan ringgit kononnya untuk tampil mewah dan cantik tapi mungkin hasilnya lebih teruk dari rumah kos rendah yang ditinggalkan.
7. Anda akan rugi, bila rumah kediaman yang sepatutnya untuk anda berehat dan sihat tapi membuatkan anda sakit dan makin tidak sihat. -  Tanpa pencahayaan semulajadi dan pengudaraan yang cukup.
8. Anda akan rugi bila mempunyai rumah kediaman yang mempunyai ruang yang tidak penting dan tidak digunakan.
9. Anda akan rugi bila mempunyai dalaman rumah yang sentiasa gelap, anda terpaksa berbelanja lebih untuk menampung lampu artificial.
10. Anda akan rugi bila rumah anda tiada pengudaraan yang cukup membuatkan anda terpaksa berbelanja lebih seumur hidup disitu untuk mendapatkan pengudaraan mekanikal.
11. Anda akan rugi bila anda mempunyai susunatur ruang yang tidak teratur membuatkan anda terpaksa berjalan lebih KM hanya untuk pergi ke ruang yang berbeza dalam rumah anda.
12. Anda akan rugi bila anda mempunyai ruang yang sempit, dan tidak fleksibel membuatkan anda terpaksa memilih ruang mana yang hendak digunakan untuk sesuatu majlis - anda kerugian sebab ruang anda tidak boleh ditukar fungsi.
13. Anda akan rugi bila ketinggian siling rumah anda terlalu rendah membuatkan anda tidak selesa atau panas.
14. Anda akan rugi bila ketinggian siling rumah anda terlalu tinggi membuatkan anda rugi kos binaan meningkat dan rugi kerana manusia tidak boleh terbang ke ruang vertikal yang kosong. - Anda juga akan rugi kerana terpaksa memakai lebih penghawa dingin dengan bebanan elektrik yang lebih.
15. Anda akan rugi bila bangunan kediaman anda direka untuk menjadi susah diselenggara dan berisiko untuk rosak.
16. Anda akan rugi bila ruang yang sepatutnya mengadap pemandangan dan ada pemandangan luar yang menarik ditutup dengan dinding.
17. Anda akan rugi bila rumah anda tiada cara, tiada alternatif untuk ubahsuai atau untuk tambahan.
18. Anda akan rugi bila anda sendiri tidak tau mana pintu masuk rumah anda dan mana pintu belakangnya.
19. Anda akan rugi bila bahan binaan yang anda guna - dahlah mahal, tak tahan lama,tak cantik dan susah diselenggara.
20. Anda akan rugi bila anda tidak boleh buat aktiviti yang anda rancang dalam rumah anda kerana ruang yang anda sedia tidak menjadi seperti ruang yang anda inginkan.

Bersambung;





Kami pakar dalam senibina untuk mengelakkan anda rugi ruang, masa, duit, kesihatan seumur hidup anda. AIJO ARKITEK ; 0199397812

No comments:

Post a Comment