Wednesday, 24 June 2015

SIFIR DARAB 9 TEKNIK PANTAS AIJO

Sifir darab 9

Sifir darab 9 boleh digunakan dengan menggunakan 10 jari anda jika nombor yang hendak didarab itu adalah 10 ke bawah. Anda hanya perlu letakkan ke sepuluh jari anda secara berhadapan dengan mata anda. Jatuhkan jari mengikut nombor apa yang digunakan untuk mendarab 9. Hasilnya ialah, jumlah jari di kiri akan mewakili digit puluh dan jumlah jari kanan mewakili digit sa.

Contoh;

 3 x 9 =
hanya jatuhkan jari ke-3 dari kiri meninggalkan 2 jari disebelah kiri (daripada jari yang dijatuhkan tadi) dan 7 jari sebelah kanan.


Hasilnya 27.

Tuesday, 16 June 2015

TIPS HIAS RUMAH D.I.Y. (DO IT YOURSELF)


Kalau tidak ada barang hiasan, pasti terasa hambar pada ruang. Mahu beli barang hiasan pula sekarang barang semakin mahal. Sana-sini orang sibuk menaikkan harga barangan jualan masing-masing. Di dalam keadaan ekonomi yang semakin teruk ini, kita masih ada cara untuk menghias rumah tanpa mengeluarkan modal yang besar. Malah ia mungkin boleh diperolehi secara percuma. Orang yang bijak dan kreatif pasti akan ada seribu cara untuk menghasilkan sesuatu jika benar-benar inginkannya.Tapi tak semsetinya menunggu diri menjadi bijak dan kreatif, dengan teknologi yang ada, kini kita boleh rujuk pada video-video di youtube untuk menghasilkan sesuatu secara D.I.Y (do it yourself) 


MENGHARGAI BARANG LAMA.






Orang yang menghargai barang dan bersifat sentimental dan penuh emosi pasti sukar melepaskan barang lama terutamnya yang ada nilai sentimental dan kenangan pada barang-barang tersebut. Barang-barang ini tersimpan dengan rapi sama ada di dalam stor atau pun di bawah katil. Sebenarnya, barang-barang ini boleh dikeluarkan semula dan disusun dengan cara yang kreatif untuk mengimbas nostalgia. Jika perlu baiki, dan naikkan seri barang tersebut sebelum digunakan sebagai penghias sudut.  

Contoh barang seperti bingkai lama rumah atok, kerusi malas nenek, cerek besi emak, kotak kayu makcik dan sebagainya 

KITAR SEMULA 





Banyak idea kitar semula boleh kita peroleh dari internet terutamanya di video Youtube. Jika belum ada idea, lambatkan proses membuang barang. Asingkan ke semua barang buangan ini mengikut kategori seperti kertas, plastik, kotak, kayu dan sebagainya. Apabila telah jumpa cara-cara untuk membuat sesuatu barang perhiasan menggunakan bahan buangan ini, segeralah kita melakukannya. Antara barang hiasan yang boleh dicipta dari bahan kitar semula adalah seperti:

botol kosong : tempat letak pensil, tempat letak sudip, pasu bunga keladi air di bilik air, tabung anak  
kayu : para unik, bingkai gambar, ukiran, tempat duduk, meja 
plastik : alas, karung, penutup lampu bewarna, beg simpan barang mainan 
kotak : sistem penstoran, hiasan dinding, bingkai gambar 
kain : alas meja, alas kaki, langsir, apron.


PENGGABUNGAN 





Jika sudah mahir menggunakan barang buangan, pasti mudah untuk  menggunakan pelbagai jenis barang untuk menghasilkan suatu barang hiasan. Misalnya dengan menggabungkan batu, kayu dan besi, dapat dijadikan rak buku yang kukuh dan menylesaikan masalah tiada tempat simpan buku. Dengan menggunakan kain dan besi pula boleh menghasilkan titai atau bidai. 


GUNAKAN KEMAHIRAN 







Kemahiran adalah anugerah Allah yang paling indah. Ramai yang mampu melukis, menukang, menjahit dan memahat. Kemahiran-kemahiran ini boleh diguna pakai dalam menghias rumah . Yang pandai melukis boleh melukis di dinding, atau membuat lukisan di kanvas kemudian di bingkaikan. Yang pandai menukang boleh menghasilkan rak dan bingkai yang menarik. Boleh juga menghasilkan tempat duduk atau meja yang kreatif. Bagi yang boleh menjahit pasti seronok jika dapat menghasilkan langsir, sarung kusyen, dan wall fabrik sendiri. Bagi yang boleh memahat akan menghasilkan arca dan ukiran yang unik agar dijadikan simbol keunikan hiasan di dalam rumah masing-masing. 


TIRUVASI 





Jika kita lihat dan geram barang hiasan yang dipamerkan di kedai barang perhiasan rumah, jika boleh, ambil gambarnya. Balik rumah, cuba lihat semula barang-barang yang digunakan. Dapatkan material nya dan cuba buatkannya sendiri. Jika kita tidak mahir membuatnya, tanyakan pada adik beradik atau kawan yang mempunyai tangan seni. Tunjukkan gambar barang yang diminati dan tiru sahaja serta tambahkan sedikit sentuhan unik sendiri. Hasilnya, hanya kita sahaja yang memiliki perhiasan ini. Walau sama seperti di kedai tapi tak serupa. Kadang kala apa yang dilihat di kedai sebenarnya boleh dibuat sendiri kerana yang membuatnya adalah orang juga. Jadi jika orang lain boleh lakukan, pasti tangan kita juga boleh lakukan atau kita minta bantuan tangan orang yang boleh melakukannya ;) 

Kesimpulan di sini, kita masih boleh dapatkan barang hiasan rumah yang unik dan cantik dengan sentuhan sendiri juga selain membeli di kedai barang perhiasan. Dengan cara ini kita dapat menjimatkan banyak wang. Kenapa perlu berbelanja lebih ;) malah yakinilah hasil buatan sendiri.


Ingin mendapatkan perkhidmatan arkitek: ilustrasi bangunan dan pelan bangunan : hubungi : Aijo Arkitek, 0199397812.  https://www.facebook.com/redaijovision


Sumber : Khairunnisa Hamzahara  khairunnisahamzahara@gmail.com


Formula Ajaib Sifir Darab 5

Kebanyakan orang menghafal sifir 5 dengan jadual yang sangat mudah, tapi sekiranya angka yang hendak didarapkan dengan 5 semakin kompleks dan bertambah besar, bagaimana cara hendak mengiranya? Helah ini sebenarnya amat mudah untuk dihafal.

Caranya ialah dengan mengambil nombor berkenaan, kemudian dibahagi dengan 2. Jika nombor asal itu nombor genap (hasil bahagi tanpa baki), tambah sahaja 0 dibelakang hasil tersebut. Jika nombor asal itu nombor ganjil, abaikan bakinya dan tambah 5 pada akhir.

Contoh 1:
Nombor genap 2682
2682 x 5 = ?
(2682/2) & tambah 0
2682/2 = 1341 (2682 no genap, jadi tambah 0 dibelakang)
= 13410

Contoh 2:
Nombor ganjil 5887
5887 x 5 = ?
5887/2 = 2943 baki 1 (nombor 5887 adalah nombor ganjil, tentu hasil bahagi ada baki, terus tambahkan 5 dibelakang)

= 29435

Sunday, 14 June 2015

100 SEBAB ANDA RUGI SEUMUR HIDUP WALAUPUN MEMPUNYAI KEDIAMAN


1. Anda akan rugi bila anda mempunyai susunatur ruang yang salah menyebabkan anda tidak menggunakan banyak ruang denngan optimum di dalam rumah kediaman anda.
2. Anda akan rugi bila anda mempunyai susunatur ruang yang salah membuatkan anda lebih selesa untuk tidak berada dirumah - masa anda lebih banyak digunakan di luar berbanding kediaman yang anda bina dengan nilai ratusan ribu.
3. Anda akan rugi bila kediaman anda yang telah siap dibina ingin diubahsuai - ianya sudah tentu memakan belanja yang besar.
4. Anda akan rugi, bila mempunyai rumah yang besar tapi bila berada di dalam rumah berasa sempit.
5. Anda akan rugi, bila rumah anda mempunyai keluasan ruang yang tidak mengikut piawai menyebabkan perabot anda tidak muat atau laluan manusia yang tidak proposi.- Anda juga akan rugi untuk mengubahsuai perabot atau mengubahsuai keluasan ruang rumah kediaman anda.
6.  Anda akan rugi, walaupun rumah anda tampak besar tapi tak nampak mewah, gah atau menarik. Anda mungkin membelanjakan ratusan ribu atau jutaan ringgit kononnya untuk tampil mewah dan cantik tapi mungkin hasilnya lebih teruk dari rumah kos rendah yang ditinggalkan.
7. Anda akan rugi, bila rumah kediaman yang sepatutnya untuk anda berehat dan sihat tapi membuatkan anda sakit dan makin tidak sihat. -  Tanpa pencahayaan semulajadi dan pengudaraan yang cukup.
8. Anda akan rugi bila mempunyai rumah kediaman yang mempunyai ruang yang tidak penting dan tidak digunakan.
9. Anda akan rugi bila mempunyai dalaman rumah yang sentiasa gelap, anda terpaksa berbelanja lebih untuk menampung lampu artificial.
10. Anda akan rugi bila rumah anda tiada pengudaraan yang cukup membuatkan anda terpaksa berbelanja lebih seumur hidup disitu untuk mendapatkan pengudaraan mekanikal.
11. Anda akan rugi bila anda mempunyai susunatur ruang yang tidak teratur membuatkan anda terpaksa berjalan lebih KM hanya untuk pergi ke ruang yang berbeza dalam rumah anda.
12. Anda akan rugi bila anda mempunyai ruang yang sempit, dan tidak fleksibel membuatkan anda terpaksa memilih ruang mana yang hendak digunakan untuk sesuatu majlis - anda kerugian sebab ruang anda tidak boleh ditukar fungsi.
13. Anda akan rugi bila ketinggian siling rumah anda terlalu rendah membuatkan anda tidak selesa atau panas.
14. Anda akan rugi bila ketinggian siling rumah anda terlalu tinggi membuatkan anda rugi kos binaan meningkat dan rugi kerana manusia tidak boleh terbang ke ruang vertikal yang kosong. - Anda juga akan rugi kerana terpaksa memakai lebih penghawa dingin dengan bebanan elektrik yang lebih.
15. Anda akan rugi bila bangunan kediaman anda direka untuk menjadi susah diselenggara dan berisiko untuk rosak.
16. Anda akan rugi bila ruang yang sepatutnya mengadap pemandangan dan ada pemandangan luar yang menarik ditutup dengan dinding.
17. Anda akan rugi bila rumah anda tiada cara, tiada alternatif untuk ubahsuai atau untuk tambahan.
18. Anda akan rugi bila anda sendiri tidak tau mana pintu masuk rumah anda dan mana pintu belakangnya.
19. Anda akan rugi bila bahan binaan yang anda guna - dahlah mahal, tak tahan lama,tak cantik dan susah diselenggara.
20. Anda akan rugi bila anda tidak boleh buat aktiviti yang anda rancang dalam rumah anda kerana ruang yang anda sedia tidak menjadi seperti ruang yang anda inginkan.

Bersambung;





Kami pakar dalam senibina untuk mengelakkan anda rugi ruang, masa, duit, kesihatan seumur hidup anda. AIJO ARKITEK ; 0199397812

Sunday, 7 June 2015

TEKNIK PANTAS DARAB

Darab persegi cepat

Jika anda perlu persegi 2 digit terakhir dalam 5, anda boleh melakukannya dengan sangat mudah dengan cara ini. Sentiasa tambahkan digit pertama dengan 1, dan kemudian darabkan dengan 2. Akhir sekali letakkan saja 25 di belakang nombor pertama tadi. Itu sahaja!

Contoh: (25 x 25)

Fikirkan ianya nombor 25 =
(2 + 1) x 2) & 25

(3 x 2)_25 = 625

Ada beratus-ratus teknik mengira Pantas dan Ajaib lagi yang boleh dipelajari yang tidak terdapat di sekolah biasa.
Untuk belajar, hubungi/ sms/ whatsapp : 019-3675730

RUMAH KAYU SEDIADA DIUBAHSUAI KEPADA KONKRIT



Rumah sediada di Ketereh, Kelantan. 

50% bahagian rumah dikekalkan.
Bahagian depan dan sisi diubahsuai agar kelihatan lebih menarik
Konsep binaan: Kontemporari. 

RUMAH IDAMAN YANG MENGUTAMAKAN PEMANDANGAN



FORMULA & TEKNIK MENGHASILKAN PELAN BANGUNAN TERKINI


Banglo 2 tingkat di Telipot, Kota Bharu.

Rekabentuk pantas, 
Menggunakan teknik dan formula AJAIB menghasilkan pelan dan rekabentuk yang dapat 
1. menjimatkan kos binaan, mengikut bajet, 
2.keluasan ruang yang optimum, 
3.bilangan ruang yang optimum, 
4.susunatur yang fleksible,
5.memenuhi citarasa dan keperluan pengguna 
6. teknologi terkini binaan
7. dan dalam masa yang sama membuat bangunan tampak menarik dan gah

Hubungi 019-9397812, untuk mendapatkan perkhidmatan rundingan senibina teknik Terkini.

Saturday, 6 June 2015

Belajar Bahasa Arab WAJIB

Ilmu bahasa arab mempunyai dua tujuan:

1.    Memahami Al-Qur`an dan As-Sunnah dengan pemahaman yang benar.
2.    Menjaga lidah agar tidak salah dalam mengucapkan kedua wahyu tersebut.



Berhubung kedua perkara di atas adalah wajib, maka hukum mempelajari bahasa arab juga wajib, tapi wajib kifayah, bukan wajib ain.


Jadi, hukum mempelajari bahasa arab sama seperti hukum mempelajari ilmu-ilmu alat lainnya, yaitu fardhu kifayah. Karenanya jika di suatu daerah ilmu-ilmu alat seperti ini dibutuhkan maka wajib atas penduduk daerah tersebut -secara umum- untuk mempelajari ilmu tersebut. Tapi jika sudah ada sebagian dari penduduk daerah tersebut yang mempelajarinya maka gugurlah kewajiban dari yang lainnya.


Syaikhul Islam Ibnu Taimiah berkata, “Sudah dimaklumi bersama bahwa hukum mempelajari dan mengajarkan bahasa Arab adalah fardhu kifayah.” (Majmu’ Al-Fatawa: 32/252)


Dan di tempat yang lain beliau berkata, “Ditambah lagi, bahasa Arab itu sendiri merupakan bahagian dari agama sehingga mengetahui bahasa Arab adalah wajib. Karena memahami Al-Kitab dan As-Sunnah adalah wajib, sementara keduanya tidak mungkin boleh dipahami kecuali dengan memahami bahasa Arab. Dan sesuatu yang kewajiban tidak sempurna terlaksana kecuali dengannya maka sesuatu itu juga wajib.” Mirip dengannya diutarakan oleh Ar-Razi dalam Al-Mahshul (1/275).


Mengapa Wajib Belajar Bahasa Arab ?

Terdapat 11 ayat dalam Al Quran yang menyatakan bahwa Al Qur’an diturunkan dengan bahasa Arab. Rasulullah pun pernah bersabda “Pelajarilah bahasa Arab karena 3 hal : 1] Karena Aku (Nabi SAW) orang Arab, 2] Al-Quran berbahasa Arab, dan 3] Percakapan ahli surga adalah bahasa Arab.” Dan para ulama pun menganjurkan untuk mempelajari bahasa Arab karena merupakan bahasa utama dari dienul Islam.

1.    Al Quran Diturunkan dengan Bahasa Arab

Dalam Al-Quran terdapat 11 ayat yang menyatakan bahwa Al-Quran diturunkan dengan bahasa Arab, yakni dalam surat Yusuf : 2 ; Ar-Ra’du : 37; An-Nahl : 103; Thaha : 103; Asy-Syu’ara : 195; Az-Zumar : 28; Fushshilat : 3 & 44; Asy-Syura : 7; Az-Zukhruf : 3; Al-Ahqaf : 12. Surat Yusuf : 2

2.    Sabda Rasulullah SAW

Di dalam kitab Faid al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Sagir susunan Al-Manawiy, disebutkan bahwa dari Ibnu Abbas dengan riwayat Muslim, Rasulullah bersabda:
أَحِبُّوْا الْعَرَبَ لِثَلاَثٍ: لِأَنِّي عَرِبِيٌّ وَ الْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ وَ كَلاَمُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ.
“Pelajarilah bahasa Arab karena 3 hal : 1] Karena Aku (Nabi SAW) orang Arab, 2] Al-Quran berbahasa Arab, dan 3] Percakapan ahli surga adalah bahasa Arab.”

3.    Perkataan Sahabat

Umar bin Khattab ra.
أَحْرِصُوْا عَليَ تَعَلُّمِ الُّلغَةِ الْعَرَبِيَّةِ فَإِنَّهَا جُزْءٌ مِنْ دِيْنِكُمْ
“Hendaklah kamu sekalian tamak (keranjingan) mempelajari bahasa Arab karena bahasa Arab itu merupakan bahagian dari agamamu”.

4.    Perkataan Ulama

Abdul Alim Ibrahim,
اَلُّلغَةُ الْعَرَبِيَّةُ هِيَ لُغَةُ الْعَرُوْبَةِ وَ اْلإِسْلاَمِ
“Bahasa Arab merupakan bahasa orang Arab dan sekaligus juga merupakan bahasa agama Islam”

Imam Asy-Syafi’i,
“Manusia menjadi buta agama, bodoh dan selalu berselisih paham lantaran mereka meninggalkan bahasa Arab, dan lebih mengutamakan konnsep Aristoteles. (via Adz-Dzahabi , Siyaru A’lamin Nubala, 10/74).

 Yusuf Al-Qardhawi,
“Umat Islam Indonesia sudah seharusnya menguasai bahasa Arab karena itu adalah bahasa Al-Quran”. (Republika, Jum’at, 29 Oktober 2010)

Bahasa Arab di Era Global

Setidaknya ada empat orientasi belajar bahasa Arab di era global ini. 

Pertama, orientasi religius, yaitu belajar bahsa Arab untuk tujuan memahami dan memahamkan ajaran Islam. Orientasi ini dapat berupa belajar keterampilan presentatif. 

Kedua, orientasi akademik ilmiah, yaitu belajar bahasa Arab untuk tujuan memahami ilmu dan keterampilan bahasa.

Ketiga, orientasi profesional yaitu belajar bahasa Arab untuk keterampilan profesi, praktis atau pragmatis. 

Dan keempat, orientasi ideologis dan ekonomis, yaitu belajar bahasa Arab untuk memahami dan menggunakan bahasa Arab sebagai media untuk kepentingan orientalisme atau hegemoni sosial, politik, dan ekonomi.

Bahasa Arab merupakan kunci utama untuk mengetahui pengetahuan dan kebudayaan Islam. Tanpa bahasa Arab ilmu pengetahuan dan literatur Arab sulit untuk dipahami.

Ia menambahkan, selain sebagai bahasa Agama, bahasa Arab merupakan bahasa pemersatu berbagai suku bangsa pada masa jahiliyyah hingga saat ini. Bahkan bahasa Arab juga  sudah menjadi bahasa internasional.

Bahasa Arab bukanlah milik bangsa Arab atau umat Islam saja, tapi milik seluruh umat. Hal ini dapat dilihat dari penggunaanya dalam shalat dan komunikasi antar bangsa. Di samping itu orientasi belajar bahasa Arab itu banyak, tinggal memilih di mana bidang dan kemampuan yang dimiliki.

Jika banyak orang lain yang giat mempelajari bahasa Arab untuk tujuan orientalisme, hegemoni politik dan budaya, sungguh sangat disayangkan jika umat Islam sendiri kurang bersemangat dalam mempelajari bahasa Arab ini.


Ingin belajar Bahasa Arab Teknik RAHSIA & AJAIB Madina, CEPAT & PANTAS. Hanya dengan kurang dari 3 hari anda mampu bertutur bahasa ARAB!!!

Hubungi/ sms / whatsapp ; Ustaz Aznan : 013-3675730 untuk maklumat lanjut.

Wednesday, 3 June 2015

BILIK PADA ARAS MEZANIN


Anda tidak semestinya mendirikan bangunan yang banyak bilangan arasnya untuk memperlihatkan bangunan anda tampak gah dan mewah.

Cukup sekadar memilih salah satu atau beberapa ruang sahaja untuk berada pada aras yang lebih tinggi dari aras ruang lain. Dan aras lebih tinggi tersebut tidak semestinya sama aras piawai bilik tidur bergantung kepada fungsi ruang yang tercipta di bawah lantai mezanin tersebut.

Disamping ianya menampakkan bangunan anda lebih gah dan besar, ianya sebenarnya secara tidak langsung menambah ruang di aras lantai (tiada dinding-terbuka) dan menjimatkan kos.

Tuesday, 2 June 2015

POKOK HIASAN TIRUAN - ELEMEN HIASAN DALAMAN YANG MENARIK






Pokok hiasan tiruan yang buatannya semakin hari semakin terperinci dan real  serta tahan lama sangat sesuai digunakan terutamanya untuk menghiasi ruang dalaman kediaman atau bangunan kita.

Ia boleh dijadikan sebagai satu elemen titik tumpuan dalam kediaman atau menghiasi ruang dinding yang kosong dan muram.

Penjagaan dan penyelenggaraannya juga adalah hampir tiada berbanding tumbuhan betul.

LAMAN DALAM RUMAH



Anda tak semestinya mempunyai ruang tanah di luar rumah yang luas untuk mempunyai laman sendiri. 

Anda boleh memilikinya di dalam bangunan anda atau rumah anda.

Elemen hijau tumbuh-tumbuhan di dalam kediaman anda bukan sahaja menambah warna keceriaan dalam kediaman anda, malah ianya memberi mood kesegaran dan menghidupkan suasana muram sesuatu ruang.

Anda tidak semestinya memiliki tumbuhan yang benar2 hidup untuk tujuan ini. Tumbuhan hidup memerlukan pencahayaan semulajadi dan nutrisi yang cukup untuk hidup.

Alternatifnya, pelbagai pokok hiasan tiruan telah direka untuk tujuan ini.

RUMAH KECIL TAPI MENARIK



Keluasan : 1200 kaki persegi
Siling : Plaster ceiling
Struktur bumbung : Kayu keras
Struktur tiang dan rasuk : Konkrit tetulang
Material dinding : Interlocking brick
Kemasan dalaman : Lepaan Simen dan cat Jotun
Lantai : Jubin Seramik.
Kemasan dinding bumbung : Shera (artificial timber plank)
Kemasan bumbung : bata bumbung konkrit
Siling luar : Siling Kapur Kalis Air
Fascia board : Shera (artificial timber plank)
Tingkap : Kaca aluminium
Pintu : Kayu solid
Ruang : 3 + 1 bilik tidur, 2 bilik air, 1 ruang basuh, ruang tamu, ruang keluarga, dapur, teres, anjung kereta
Kos tahun 2012 : 120,000

Boleh dapatkan pelan binaan di :

https://www.facebook.com/redaijovision