Wednesday 4 November 2015

5 TIPS BUAT BILIK TIDUR KECIL NAMPAK LUAS

Menurut Moll Anderson pengacara E! Style Network’s Look for Less: Home dan penulis bukuChange Your Home Change Your Life , 1/3 hidup kita dihabiskan di bilik tidur. Oleh itu, kita perlukan lebih perhatian untuk bilik tidur kita. Lebih-lebih lagi kalau bilik tidur kita mempunyai ruang  sempit dan kecil.
Hiasan dekorasi kita menjadi terhad kerana tidak tahu bagaimana menjadikan bilik ini menjadi luas dan menarik. Oleh itu, HA kongsikan antara cara-cara dalam  memberikan bilik tidur kita yang kecil nampak luas adalah dengan:
  • Warna pastel
  • Perabot dan penstoran
  • Cermin
  • Percahayaan
  • Aksesori dekorasi

#1-Warna Pastel
Kebanyakkan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu warna putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, tetapi ia masih nampak bosan dan tidak menarik.
Apa warna yang sesuai dalam bilik yang sempit lagi kecil ? Dalam ebook 10 Tip Mudah Mewarnai Rumah anda , salah satu tip yang saya kongsikan ialah kita boleh mewarnai bilik tidur dengan mengunakan warna-warna pastel. Warna pastel ini adalah warna-warna yang lembut, warna cair dan pucat. Iaitu, warna yang dicampur dengan warna putih yang banyak . Contohnya lihat warna pastel hijau pada gambar.
#2-Perabot Dan Penstoran
Pemilik kediaman selalunya ingat perabot yang kecil boleh memberikan bilik tidur kita nampak besar. Sebenarnya tidak, ia hanya menampakkan lagi bilik itu bertambah sesak.  Lebih baik mempunyai perabot yang penting sahaja seperti katil, almari pakaian, meja solek beserta kerusi dan meja sisi dengan lampu meja. Itu sahaja.
Selain itu, perabot jenis multipurpose dapat membantu bilik tidur kita . Contohnya, katil yang bawahnya mempunyai build-in storage atau meja solek yang boleh dijadikan meja kerja.
#3-Cermin
Cermin merupakan satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, standing mirror atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya. Cermin di meja solek juga membantu.
#4-Percahayaan
Gunakan secara maksimum cahaya semulajadi  yang tedapat pada tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya tersebut. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir.
Jika cahaya lampu siling tidak  menerangi secukupnya bilik tidur. Tambahkan lampu meja dan lampu lantai.
#5-Aksesori Dekorasi
Aksesori dekorasi jenis  kemasan cermin atau stainless steel membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas.
Selain itu, satu gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan di dinding kepala katil boleh menampakkan dinding  itu nampak besar.  Inilah yang telah disarankan oleh Nate Berkus, pakar desain untuk rancangan The Oprah Winfrey Show dan hos rancangan The Nate Berkus Show.

People living in small homes shouldn’t shy away from big artwork. A large piece—actually makes the home feel more spacious -Nate Berkus

Sumber : http://hazlamanuar.com/ilusi-bilik-tidur-kecil-nampak-luas-dengan-5-cara.html

No comments:

Post a Comment