Saturday, 12 December 2015

HOMESTAY MURAH DI KOTA BHARU KELANTAN

HOMESTAY MURAH KONDOMINIUM DI KOTA BHARU KELANTAN

Lokasi

Homestay murah ini terletak di aras 14, Pelangi Riverview Kondominium (PRK). Lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Kota Bharu dengan pemandangan menarik bandar Kota Bharu dan Sungai Kelantan menjadikan ianya tempat penginapan terbaik di Kota Bharu. 

Selain itu, ianya juga terletak di tempat strategik dan berdekatan dengan semua pusat-pusat lawatan menarik Kota Bharu.


Pemandangan dari bilik kondo

Pemandangan pelangi kondo dari atas.



Lokasi




Tempat menarik berdekatan

Berikut adalah tempat-tempat menarik yang berdekatan;

1.     Padang Merdeka, (100 meter)
2.     Tambatan Di-raja & Menara Jam dan Tinjau (100 meter)
3.     Pasar Siti Khadijah, (500 meter)
4.     Masjid Negeri (Muhammadi) Bersejarah, (200 meter)
5.     Bazaar Buluh Kubu, (400 meter)
6.     Istana Balai Besar (300 meter)
7.     Pusat Kraftangan (400 meter)
8.     Istana Jahar (300 meter)
9.     Pasar Uptown Parit Dalam (500 meter)
10.  Bank Krapu (200 meter)
11.  Bazaar Tg Anis, (200 meter)
12.  Restoran & Medan Selera tepi sungai, (100 meter)
13.  Nasi Ulam cikgu Famous
14.  Pusat Sukan Air Sungai Kelantan (100 meter)
15.  Waterfront Pedestrian Walkway (100 meter)
16.  Terminal Bas Kota Bharu (400 meter)
17.  Akses utama ke Pantai Cahaya Bulan
18.  Kedai runcit paling dekat (betul2 di hadapan pintu masuk Pelangi Kondo)
19.  Pusat komersial The Store, Mydin, Pantai Timur, Parkson & Giant (15 minit jalan kaki)
20.  Bersebelahan hotel 4 bintang Grand Riverview Hotel

Hadapan Masjid Muhammadi

Pasar Siti Khadijah
Jeti Bot ke seberang dan Jeti Sukan Air Jet Ski dan Speed Boat
Beserta Menara Jam Tinjau
KB Buskers dan car boot sale di Menara Jam dan Tinjau
Kota Bharu Uptown berdekatan Pasar Siti Khadijah di sebelah Malam
Nasi Ulam Cikgu Tersohor di Muzium Kraftangan
Restaurant Wau tersohor dalam jarak 5 minit jalan kaki.
Medan Selera Riverfront (Aktif pada waktu malam)





Kelengkapan penginapan

1.   3 unit bilik tidur- katil untuk 7 orang dewasa, lengkap dengan perabot dan perkakasan asas. Tambahan tilam untuk 4 orang dewasa lagi disediakan.
2.   2 bilik air dengan kelengkapan mandian dan tuala
3.   Peti sejuk jenis 2 pintu
4.   TV Lcd 40” di atas kabinet televisyen.
5.   Mesin basuh.
6.   Ampaian.
7.   Mesin penggosok baju dan papan gosok.
8.   1 set sofa Cleopatra & 1 set sofa L-shape lgkp dengan coffee table
9.   Meja dan kerusi pejabat
10. Meja makan
11. Dapur lengkap dengan pemanas air, ketuhar gelombang mikro, induction cooker, pembakar roti sandwich, pembakar roti biasa, periuk, kuali, periuk nasi, pinggan mangkuk, gelas dan cawan, Minuman 3+1
12. WIFI - internet
13. Pelampung mandi kanak2.
14. Penghawa dingin 2.5 kuasa kuda


Waterfront Walkway










Kemudahan gunasama

1.   Kolam renang dewasa
2.   Kolam renang kanak-kanak
3.   Playground
4.   Gymnasium
5.   Pengawal keselamatan 24 jam
6.   Tempat letak kereta berbumbung


Kolam kanak-kanak

Kolam orang dewasa

Aktiviti Di Kawasan Homestay

1. Memancing
2. Jogging
3. Senamrobik (di tepi sungai)
4. Tai Chi (jam 5 pagi di Padang Merdeka)
5. Bermain Jet Ski
6. Sewa Boat di Jeti Tambatan Diraja.
7. Kereta Kuda (sebelah malam- Padang Merdeka)
8. Car Boot Sale (Menara Tinjau Jam)
9. KB Buskers (Menara Tinjau Jam)
10. Medan Selera Waterfront

Kadar sewaan


Hari Biasa dan cuti mingguan.

Hanya RM250 untuk 1 malam. 2 malam dan selebihnya : RM 230

Cuti persekolahan
Hanya RM 260 untuk 1 malam, 2 malam dan selebihnya RM 240

Cuti Perayaan (Hari Raya Aidilfitri 6-10hb Julai 2016, Hari Raya Aidil Adha 9-13hb September 2016 , Hari Raya Chinese New Year
Hanya RM300 untuk 1 malam, 2 malam dan selebihnya RM 260

Hubungi en Airi untuk tempahan ; 0199397812

<a href="http://www.tuugo.my/Companies/aijo-homestay-riverview-kondominium-kota-bharu/0190003132350">Aijo Homestay Riverview Kondominium Kota Bharu</a> <a href="http://www.tuugo.my/categories/travel-lodging:4670">Travel &amp; Lodging</a>

Wednesday, 11 November 2015

Teknik Bahagi 5 Cara Pantas

Membahagi Dengan 5

Membahagi sejumlah besar oleh lima ini sebenarnya sangat mudah. Apa yang  anda perlu lakukan adalah hanya dengan darabkan dengan 2 dan memindahkan titik perpuluhan:

Contoh 1: 195/5

Langkah 1: 195 x 2 = 390
Langkah 2 : Pindahkan titik perpuluhan 1 digit sebelum seperti berikut: 39.0 atau hanya 39

Contoh 2: 2978/5

Langkah 1 : 2978 x 2 = 5956

Langkah 2 : 595.6 (setelah titik perpuluhan dipindahkan)

Sunday, 8 November 2015

12 perkara PENTING sebelum membina rumah sendiri

Assalamualaikum..


Bagi mereka yang bercadang atau merancang untuk membina rumah sendiri, dengan citarasa sendiri, serta keperluan sendiri, 'trademark' sendiri, saya kongsikan beberapa perkara yang selalu menjadi isu sebelum dan sehingga pembinaannya.

Biasanya, membina rumah sendiri bukanlah sesuatu yang orang selalu buat, malahan hampir kesemuanya adalah 'once in a life time'. Mungkin kerana kosnya yang tinggi atau keperluannya tidak membuatkan orang perlu lebih dari satu tempat tinggal. Walaubagaimanapun, nilainya tidak dapat diukur dengan wanh ringgit atau dilihat oleh mata kasar. Ianya boleh menjadi tempat yang paling serabut dalam hidup kita, atau tempat yang paling memberi keselesaan dan berkat dalam hidup kita malahan untuk keluarga kita.

Oleh hal demikian, amatlah penting untuk seseorang yang bercadang ingin membina rumah sendiri memastikan perkara-perkara asas untuk memulakan pembinaan diketahui. 

Untuk senang dan mudah, dapatkan khidmat pakar untuk menyelesaikannya untuk kita. Percayalah ianya dapat mengurangkan banyak kesilapan semasa pembinaan terutamanya melibatkan susunatur dan rekabentuk yang sudah tentu akan memakan belanja yang amat besar jika mahu diperbetulkan balik.

Berikut dikongsikan sedikit info mengenai perkara-perkara asas tersebut;

1. Mengira bajet kos binaan rumah. um Terdapat pelbagai cara untuk menganggar bajet kos pembinaan rumah samada secara kasar atau terperinci. Secara kasarnya, memadai dengan mendapatkan maklumat tentang kos pembinaan dari mereka yang baru membina rumah. Dapatkan keluasan rumah mereka, dapatkan maklumat kos dan bahagikannya. Lihat juga kemasan yang mereka guna dari segi kemasan lantai, siling, dinding dan sebagainya adakah sama dengan keinginan atau kemampuan kita.

Saya akan kongsikan teknik mengira kos pembinaan secara terperinci dalam post akan datang. 

2. Pastikan duit mencukupi atau lebih daripada kos membina rumah. Sebelum membuat rumah, sudah tentu perlu bertanya orang tempatan, Kebanyakannya akan berpendapat bahawa kos RM100,000 memadai untuk memiliki rumah sederhana dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air beserta ruang tamu dan ruang keluarga. Tetapi sebenarnya ianya tidak mencukupi untuk mendapatkan rumah tampak menarik, bilik yang betul2 selesa dengan peralatan/perabot yang banyak, kos untuk keselamatan seperti jeriji besi. 

Faktor lain juga banyak lagi mempengaruhi, terutamanya kos yuran PBT yang semakin meningkat, rujukan kita pada mereka yang dah lama membina rumah, kos khidmat buruh yang berubah mengikut masa dan tempat. Selain itu, jangan lupa kos bahan binaan yang sudah tentu meningkat. Oleh hal demikian, jangan sekali-kali fikir diminda, kita akan dapat bina rumah 'exactly' macam yang diberitahu dan digambarkan. Ramai diantara mereka sengaja menyatakan kos agak rendah kerana ingin menunjukkan bahawa mereka mampu membina rumah dengan kos yang murah. Hakikatnya, kos sebenar jauh lebih tinggi, kerana banyak faktor. Antaranya kos yang terlindung, termasuk kos pengangkutan dan kos semasa mendapatkan maklumat sebelum atau semasa rumah dibina.

Apapun, rujukan masih sangat penting untuk kita sandarkan.

Jangan sesekali mengharap duit pinjaman untuk memulakan pembinaan rumah. Biasanya tuntutan pinjaman kita selalu lewat diterima. Kita akan mengganggu proses pembinaan. Pekerja binaan kita perlu dibayar setiap minggu, bahan binaan juga perlu dibayar kepada pembekal. Oleh hal demikian, standby duit sendiri 'cash' sekurang-kurangnya RM10,000 untuk permulaan. Lagipun, Tanpa perbelanjaan membeli barang2 binaan awalan akan menyebabkan kerja pembinaan tertunggak dan mungkin kontraktor kita/tukang kita akan beralih ke projek lain.

3. Dapatkan pelan rumah. Membina rumah perlu ada pelan (plan) atau kata lain 'perancangan'. Pelan rumah adalah sangat penting sebagai salah satu rancangan awalan supaya kita dapat pastikan apa yang kita hendak. Even, tukang rumah, kontraktor membina rumah berpandukan pelan. Tanpa pelan, kita tidak dapat mengira kos, keluasan rumah dan yang paling teruk, masa pembinaan kita akan membuang masa melayan soalan tukang rumah yang akan banyak bertanya untuk memulakan kerja. Akhirnya, rumah kita lambat siap, kesalahan susunatur, lari 'budget', dan sudah tentu kos melambung tinggi. Oleh demikian, jangan 'kedekut' untuk menggunakan khidmat pelukis pelan atau seelok-eloknya mendapatkan khidmat nasihat "arkitek' yang sudah tentu sangat mahir dalam menyusun ruang supaya tidak merugikan tuan rumah dari segi kos mahupun ruang ataupun masa.

http://www.redaijovision.blogspot.my/2015/09/aijo-architect-design-sample-house.html

4. Dapatkan kelulusan PBT (pihak berkuasa tempatan). Dapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Daerah, Pejabat Tanah, Bomba, JPS, Jabatan bekalan Air tempatan, TNB atau mana2 jabatan yang terlibat. Ianya bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan kelulusan pinjaman. Tapi sebarang pembinaan walaupun dalam geran adalah nama kita sebagai pemilik tapi hakikatnya ianya adalah dibawah kuasa kerajaan. Kerajaan berhak mengambil alih sebarang tanah dengan syarat2 tertentu. 

Selain itu ianya sebenarnya penting untuk kita juga, jika kita tahu pentingnya sempadan banguna, saliran yang betul, sistem kumbahan yang sihat, pengudaraan dan pencahayaan yang cukup.

Biasanya untuk rumah saiz sederhana, yuran untuk PBT lebih kurang dalam RM2000/.


5. Cari tukang rumah/kontraktor yang sesuai dan berpengalaman. Beberapa perkara yang perlu dititikberat bila memilih tukang rumah antaranya ialah dia mesti seorang yang mahir dan ada pengalaman membina rumah/perumahan/bangunan/airport dan sebagainya kerana mereka tahu selok-belok membina rumah ni. Tak boleh sembarangan nak pilih tukang rumah sebab banyak dengar dari pengalaman orang yang mana tukang rumah buat tak kemas, tak tegap, tak teguh, tak pandai bancuh simen, salah ukur, ambil upah mahal tapi kerja tak seberapa, ambil duit pendahuluan lepas tu lesap tak muncul-muncul, songlap duit dan sebagainya. carilah tukang rumah yang betul2 berpengalaman dan boleh 'baca' keinginan dan kehendak kita, boleh menasihat kita apa yang patut dan tak patut buat berdasarkan pengalaman, tahu kat mana nak beli bahan binaan yang berkualiti tapi murah, dan bijak menguruskan kos dengan cara yang berhemah.

Jangan sesekali memilih tukang hanya kerana kita kenal dia, atau orang kampung kita. Kita juga boleh memilih pekerja asing yang hasil kerjanya elok dan cepat. Upah pekerja binaan ini sebenarnaya langsung tidak mencerminkan kos pembinaan kita, kerana 'end result' yang harus diutamakan,

Antara yang perlu diperhatikan ialah betul ke rumah kita dibina mengikut ukuran sebagaimana pelan?, pembinaan mereka tidak membazir bahan binaan ke?, hasil yang cantik tanpa perlu diperbetulkan banyak kali ke?, menjimatkan masa ke? dan teknik pembinaan yang betul dan selamat ke?.

Untuk makluman, ada ramai kontraktor yang hanya menawarkan khidmat pekerja binaan sahaja. Seperti yang saya katakan tadi, jangan khuatir pasal kos. Yang penting 'end result'. Lihat portfolio mereka (bangunan/rumah yang telah mereka bina)

Selain itu. Pastikan kita membuat perjanjian yang jelas sebelum pembinaan. Terutamanya perkara yang melibatkan kos kemasukan bekalan air, bekalan elektrik, alatan pekerja, dan sebagainya. Selalunya kontraktor terlepas pandang perkara ini yang akhirnya menyebabkan kita lewat dapat mendiami rumah kita dan terpaksa menambah kos yang banyak di akhir pembinaan.

6. Jangan berjimat untuk menggunakan teknologi. Saya cadangkan jangan hanay kiraan kos dalam bentuk wang ringgit, anda tidak mahu menggunakan jentera, peralatan canggih untuk memudahkan pembinaan. Biasanya peralatan/jentera direka bukan sahaja untuk menjimatkan masa, memudahkan kerja malahan lebih cantik dari dibuat secara manual oleh pekerja binaan. Jangan khuatir hanya pada kos, sebab nilai kemasan dan ketepatan binaan pada bangunan yang kita akan nampak bila kita mendiami rumah nanti.

7. Urus perbelanjaan pembinaan rumah sendiri atau serahkan kepada tukang rumah. Ada orang kata, ada beberapa cara untuk mengurus perbelanjaan pembinaan rumah. Sama ada serahkan kepada tukang rumah 100%, masuk rumah bila dah siap sahaja, ATAU kita sendiri yang membeli barang binaan rumah sendiri dan bayar upah tukang rumah mengikut peringkat kerja siap.
Seeloknya jika kelapangan, pemilik rumah beli bahan binaan sendiri supaya tukang rumah atau pekerja binaan fokus membina rumah sahaja.  Selain itu juga, ianya mengelakkan timbul keraguan berlakunya penipuan dalam proses pembelian bahan binaan.

Perbelanjaan/tempahan beli barang biasanya boleh dibuat secara talian serta hutang dengan pembekal/ hardware. Sangat praktikal untuk mereka yang  masih bekerja kerana masa kita biasanya terhad dengan kerja. Walaubagaimanapun, ramai di antara kita tidak tahu mengurus wang dan tak mampu membayar balik hutang. Pendapat saya, seeloknya kita melihat sendiri bahan di kedai hardware yang ingin dibeli dan membayar terus setiap kali pembelian untuk mengelak terlupa atau terlebih bajet / supya tidak terbeli melebihi kemampuan.

8. Simpan semua resit pembelian dan rekodkan kos pembinaan. Biasanya orang berpendapat kos upah adalah sama dengan kos bahan binaan. Let's say, kalau kos bahan binaan ialah RM50,000, so kos upah pun RM50,000. Bila kita simpan dan rekod perbelanjaan, baru kita tahu sama ada apa yang orang cakap tu betul atau tidak. Seeloknya kos upah untuk membina rumah saya tu tidak melebihi 40% dari kos keseluruhan rumah. Tapi mesti diingat, itu kalau rekabentuk rumah kita hanya biasa sahaja. Kalau banyak elemen estatik yang sukar, 50% hingga 60% adalah perkara biasa. Jangan 'kedekut' dengan keringat, tenaga dan kemahiran orang.

Sepatutnya kita khuatir bayaran kita kepada pekerja tidak setimpal/ tidak cukup dengan kerja mereka. Apapun, sebarang jual beli, bayaran upah/gaji mesti direkodkan secara manual/bertulis.

Untuk memudahkan pembayaran upah pembinaan, dapatkan jadual peringkat kerja dengan arkitek. 

9. Urus hal bekalan elektrik dan air. Dalam pada membina rumah tu, kena berurusan dengan Jabatan bekalan air dan TNB. Mengurus hal ni tidaklah rumah as long as ada geran/surat mengesahkan tanah itu milik kita. Once dah bayar dan berurusan dengan mereka, tunggu sahaja dalam seminggu dua, bekalan elektrik dan air akan disambung. Biasanya kena selalu 'follow up'. Ambil nombor telefon kontraktor bekalan air dan elektrik yang akan memasang bekalan air tersebut. Pastikan mereka berlesen.

Ada jugak orang sambung wayar dan hos kat rumah jiran sebelah. Tapi cara ini dikhuatiri membebankan jiran kita selain kita tak tahu macamana nak membayar balik penggunaan untuk pembinaan rumah kita tu. Takut-takut penggunaan melebihi pembayaran dan merosakkan perkakasan elektrik rumah jiran kita.

10. Fikirkan perabot dan aksesori rumah. Jika kita/anda sudah mempunyai perabot samaada dari rumah sewa dulu atau dari rumah mak ayah kita, dapatkan ukurannya dan rancang mana nak diletak pada ruang rumah baru kita nanti. Tetapi kalau kita berniat mendapatkan perabot baru, terkini dan moden, cukuplah sekadar mendapat khidmat nasihat dari pakar iaitu arkitek semasa proses rekabentuk bangunan lagi.

11. Fikir jangka masa panjang. Setelah rumah kita siap, seeloknya kita dapatkan Sijil Kelayakan Menduduki atau sekarang digelar CCC (Certificate of Completion & Compliance) bukan sahaja untuk menuntut baki pinjaman dari institusi pinjaman tetapi juga untuk jaminan insuran kediaman jika berlaku musibah yang tidak diingini,

Selain itu, CCC juga membolehkan rumah kita dijual dengan nilai bangunan, kija kita ingin menjualnya kelak.

12.  Pindah. Bila rumah siap dibina, yang paling utama adalah selesaikan hutang dahulu semasa pembinaan, Walaubagaimanapun, untuk kontraktor atau tukang rumah, simpan baki upah mereka sekurang-kurangnya 5% untuk pembaikian kecacatan. Sekurang2nya 2 bulan setelah rumah diduduki, jika tiada masalah selesaikan pembayaran duit mereka. Jangan terlalu cerewet pulak. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini, lagipun kita yang memilih kontraktor atau tukang rumah itu sejak dari awal, so terimalah seadanya. Mungkin setakat tu perkhidmatan yang mampu mereka berikan. Yang penting ialah keberkatan rumah tersebut sebagai tempat kediaman dan tempat berteduh.

13.  Kongsikan ruang anda  Kongsikan juga ruang laman di kediaman kita untuk makhluk Allah S.W.T. yang lain seperti pokok hiasan, tumbuh-tumbuhan, haiwan ternakan atau peliharaan. Insya-Allah anda pasti terkejut, rumah anda akan nampak lebih berseri dan lebih cantik. Selain ianya akan menambah rezeki dan lebih berkat

Harap dapat membantu..... Ingin lebih maklumat, dapatkan khidmat AIJO ARKITEK.

Wednesday, 4 November 2015

5 TIPS BUAT BILIK TIDUR KECIL NAMPAK LUAS

Menurut Moll Anderson pengacara E! Style Network’s Look for Less: Home dan penulis bukuChange Your Home Change Your Life , 1/3 hidup kita dihabiskan di bilik tidur. Oleh itu, kita perlukan lebih perhatian untuk bilik tidur kita. Lebih-lebih lagi kalau bilik tidur kita mempunyai ruang  sempit dan kecil.
Hiasan dekorasi kita menjadi terhad kerana tidak tahu bagaimana menjadikan bilik ini menjadi luas dan menarik. Oleh itu, HA kongsikan antara cara-cara dalam  memberikan bilik tidur kita yang kecil nampak luas adalah dengan:
  • Warna pastel
  • Perabot dan penstoran
  • Cermin
  • Percahayaan
  • Aksesori dekorasi

#1-Warna Pastel
Kebanyakkan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu warna putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, tetapi ia masih nampak bosan dan tidak menarik.
Apa warna yang sesuai dalam bilik yang sempit lagi kecil ? Dalam ebook 10 Tip Mudah Mewarnai Rumah anda , salah satu tip yang saya kongsikan ialah kita boleh mewarnai bilik tidur dengan mengunakan warna-warna pastel. Warna pastel ini adalah warna-warna yang lembut, warna cair dan pucat. Iaitu, warna yang dicampur dengan warna putih yang banyak . Contohnya lihat warna pastel hijau pada gambar.
#2-Perabot Dan Penstoran
Pemilik kediaman selalunya ingat perabot yang kecil boleh memberikan bilik tidur kita nampak besar. Sebenarnya tidak, ia hanya menampakkan lagi bilik itu bertambah sesak.  Lebih baik mempunyai perabot yang penting sahaja seperti katil, almari pakaian, meja solek beserta kerusi dan meja sisi dengan lampu meja. Itu sahaja.
Selain itu, perabot jenis multipurpose dapat membantu bilik tidur kita . Contohnya, katil yang bawahnya mempunyai build-in storage atau meja solek yang boleh dijadikan meja kerja.
#3-Cermin
Cermin merupakan satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, standing mirror atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya. Cermin di meja solek juga membantu.
#4-Percahayaan
Gunakan secara maksimum cahaya semulajadi  yang tedapat pada tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya tersebut. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir.
Jika cahaya lampu siling tidak  menerangi secukupnya bilik tidur. Tambahkan lampu meja dan lampu lantai.
#5-Aksesori Dekorasi
Aksesori dekorasi jenis  kemasan cermin atau stainless steel membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas.
Selain itu, satu gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan di dinding kepala katil boleh menampakkan dinding  itu nampak besar.  Inilah yang telah disarankan oleh Nate Berkus, pakar desain untuk rancangan The Oprah Winfrey Show dan hos rancangan The Nate Berkus Show.

People living in small homes shouldn’t shy away from big artwork. A large piece—actually makes the home feel more spacious -Nate Berkus

Sumber : http://hazlamanuar.com/ilusi-bilik-tidur-kecil-nampak-luas-dengan-5-cara.html

TIPS HIASAN DALAM RUMAH

1. Buat pilihan sendiri
Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.

2. Elak mengecat dulu
Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.

3. Jangan pilih cat dari kertas contoh
Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.

4. Jangan pilih warna dalam kedai
Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.

5. Jangan abaikan psikologi warna
Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.

6. Elak dekorasi paksa
Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.

7. Jangan abaikan titik fokal ruang. 

Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.

8. Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding. 

Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.

9. Elak bina sekatan.

Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.

10. Jangan beli kerana murah

Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.

















SUMBER : http://ohrojak.blogspot.com/2012/03/10-tips-hiasan-dalaman-rumah-15-gambar.html