Tuesday, 25 August 2015

TIPS MEMBANTU ANAK-ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

TIPS MEMBANTU ANAK-ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN




Demam peperiksaan sudah bermula bagi musim ini. Bukan sahaja calon-calon peperiksaan yang berdebar-debar, ibu bapa juga turut tak senang duduk. Malah sesetengah ibu bapa lebih risau berbanding calon peperiksaan sendiri. Almaklumlah ibu bapa telah banyak berkorban samada dari segi masa, tenaga atau wang ringgit demi melihat anak cemerlang. Lantaran, peperiksaan-peperiksaan utama merupakan pengukur kejayaan anak-anak terhadap apa yang telah mereka usahakan selama ini.
Bagi memastikan anak-anak mengekalkan usaha yang berterusan untuk belajar pada saat-saat sebelum menghadapi peperiksaan dan dapat menjawab dengan baik di dewan peperiksaan, ibu bapa masih berperanan penting untuk membantu anak-anak mereka.
Berikut adalah beberapa tips ringkas yang boleh digunakan oleh para ibu bapa untuk membantu anak-anak pada saat sebelum peperiksaan dan sepanjang menghadapi peperiksaan:
1. Ingatkan semula tentang cita-cita mereka
2. Membantu anak menetapkan sasaran keputusan yang hendak dicapai, jangan memberi tekanan dengan menetapkan sasaran di luar kemampuan mereka
3. Pastikan tarikh sebenar dan jadual peperiksaan dengan tepat
4. Menyediakan minuman (air bersih) dan makanan berkhasiat
5. Meluangkan masa secukupnya untuk memberi sokongan moral kepada mereka, temani mereka belajar jika perlu.
6. Sentiasa memberi dorongan dan keyakinan diri menghadapi peperiksaan sehingga hari terakhir peperiksaan yang diduduki
7. Pastikan mereka mendapat rehat dan tidur yang cukup
8. Elakkan aktiviti lasak; bagi mengurangkan risiko kemalangan dan pembaziran tenaga
9. Sediakan keperluan peperiksaan secukupnya seperti pen, pensil, pemadam dan sebagainya.
10. Menjanjikan insentif (hadiah) yang munasabah sekiranya sasaran dicapai
11. Menghadiri program Solat Hajat dan Restu Ilmu atau seumpamanya yang dianjurkan oleh pihak sekolah
12. Sentiasa mendoakan untuk kejayaan mereka dengan sungguh-sungguh
13. Bertawakkal kepada Allah setelah berusaha dan berdoa.
14. Mendapatkan alternatif pembelajaran seperti tuisyen dan kelas yang mengajar teknik pantas menjawab soalan.
Tips di atas lebih mujarab dengan usaha berterusan anak-anak dari awal persekolahan dan dilakukan bagi setiap peperiksaan. Walaupun dipraktikkan bagi peperiksaan penggal, ianya cukup bermakna sebagai latihan dan persiapan yang mantap untuk peperiksaan-peperiksaan ’besar’.
Bukannya semua ibu bapa pakar dalam semua mata pelajaran yang anak kita ambil, maka kita perlu bantu dari sudut yang lain…
Sekian, semoga tips yang ringkas ini, sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa yang berhasrat menbantu anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan tetapi buntu tentang cara bagaimana untuk membantu……
Sama-sama kita mendoakan kecemerlangan anak-anak kita..

Ingin belajar teknik pantas menjawab soalan matematik, hadiri kelas Aijo Study Centre. Hubungi/whats app Cikgu Aznan; 0133675730 / 0199397812 untuk tempahan tempat.

Wednesday, 12 August 2015

Teknik mengira pantas - Sifir darab yang kompleks

Sifir darab yang kompleks

Jika anda mendarab sesuatu nombor yang besar tetapi salah satu nombor tersebut adalah nombor genap, adalah lebih mudah jika anda bahagikan nombor genap tersebut secara berperingkat, dan darab nombor satu lagi mengikut faktor yang sama dengan nombor yang anda bahagi tadi. Contohnya;

32 x 125, adalah sama dengan :
(32/2) x (125x2) =
16 x 250 adalah sama dengan:
(16/2) x (250x2) =
8 x 500 adalah sama dengan :
(8/2) x (500x2) =

4 x 1000 = 4000